Saturday 23 May 2015

BACKPACKER TRAVEL TO SOUTH KOREA (DAY 2)

HELLO ! 

About a month to continue my journey in South Korea ^.^

Actually, i'm kind of excited to continue writing my journey to South Korea tonight. 
HEHEHE 
Sebab ticket i untuk ke Australia bulan 8 ni dah settle. 
InshaAllah. Nak sambung journey travel ke sana pula. 
Doakan saya.....

Ok! Lets begin my second day in Korea. 

We begin our 2nd day ke Myeondong Street & Namdeamun Market
But, I tak ingat mana satu Myeondong, mana satu Namdaemun Market. 
HEHEHEHE
MAAFFFFFF. ^.^"


Inilah apabila peminat K-POP & Hallayu Star bershopping. HEHEHE

After that, we moved to Insadong Street dan shopping lagi. 
Kali ini, beli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan. 


Insadong Street 


Shopping sourvenier  HUHU


Oh by the way, our Guest House di Seoul sangat dekat dgn Insadong Street. Just jalan kaki saja. BEEWON GUESTHOUSE

After shopping kami bergegas ke Gimpo Airport untuk ke Jeju Island menaiki penerbangan Easterjet.

At Gimpo Airport 

Balai berlepas Gimpo Airport

Take Off

After sejam penerbangan, kami tiba di Pulau Jeju. 
Hujan yang renyai-renyai menyambut kedatangan kami ke kepulauan ini. 
We take the cab dan terus mencari Guest House kami. 

Di Jeju, kami menginap di The Forest Hotel
Sorry, but for Islamic i think this choice for stay at this GH, bukanlah suatu pilihan yg sesuai.
Sebab GH ni berhadapan dengan restoran khinzir. Hmmm. 
(kami pon tahu bila dah sampai sana T.T)

After check-in di GH, kami terus mencari tour guider kami di Jeju.
Masalah komunikasi sangat mencabar. HAHA

We lose dan merayau - rayau di kawasan kedai berhampiran. 
Rajin lah jugak mulut ini bertanya orang di sana. 
Pekerja kedai Nike yg sudi bantu kami.
Itu pon lepas tengok kami macam anak kehilangan mak. HEHE

Sebenarnya, kami duduk depan kedai NIKE tu. nak guna wifi dia jek. kekeke
Kami hanya communicate dgn tour guider kami menggunakan FB saja. 

But seriously talk guys! 
Korean people seriously baik. 
Dia punya nak tolong kita, kalah oang Melayu menolong. 
HAHAHAHA
XD

Sebab komunikasi punya lah payah, one of the worker tu mak dia cikgu English, 
sanggup dia call mak dia semata untuk bercommunicate dgn kami. 
Yang buat aku terharu, dah lewat malam tu, kedai - kedai semua dah tutup. HUHU

After 10 - 15 minutes trouble in communication, 
Suddenly, our tour guider muncul dekat situ.
Lucky aku sempat bagitahu dia we stuck at there.

Oh! Alhamdulillah. thank God. 
Dia muncul. hihi

So, sette masalah malam tu. HAHA 
*Lupa nak mintak nombor mamat yg tolong aku tuh. kikiki

The Islander ini lah yg kami cari. Rupanya dekat saja dgn GH kami.
Dekat sangat weyyyyyyy.
5 minit tak sampai. KROHKROHKROH. =.="


After a few minutes sesi pengenalan, we discuss which area to cover in Jeju. 
There are several parts, like North and South part. 
Then, we go back to GH to sleep. 

Day 3 will continued later...... ^.^

Stay tuned guys. HEEEEE
InshaAllah. =)


Friday 22 May 2015

Dear you... I am seriously do not know what to do.


Sounds weird but....

A few days ago
Just heard some stories
A few questions that i dont have the answer

Argh! Seriously jammed-packed-overloaded in my brain tank

Don't know what to answer
Don't know what to say
Feel like want to ignore
Feel like nak lantak pi dia lahhhhh! 

I just dont know

You, yes you!
if you are responsible enough,
Please... come forward

I think its time to make everything clear

Dear you... I am seriously do not know what to do. 


Currently my mind - so packed.
Actually, i miss Jeju Island

Monday 11 May 2015

Rindu itu Lumrah



Susah nak teka soal hati. 

Kadang hati ni yakin tidak akan ada lagi perasaan
Kadang hati ni merindu bukan kepalang

Bila tak berhubung, aduh rindu bukan kepalang bak hang
Asyik 'usha' gambar dia ja

Bila berhubung, bergaduh macam Tom & Jerry
Asyik nak mencari pasal aje

Rasa nya tak serasi nak berbaik semula
Rasanya tak ada harapan nak bersama semula

Ada getaran bila menyebut nama 
Ada sendu mengimbau kisah lama
Ada hiba menanti yang tidak berkunjung tiba
Ada senyum dalam bayangan wajah

Orangnya....
Segak
Kemas
Raut wajahnya sukar diteka
Mata hazelnya menaut hati
Lembut senyuman tapi menusuk bahasanya
Tenang perwatakannya tapi penuh ketegasan

Maka....
Di sudut malam, ada rindu yg menerpa
Di sudut malam, ada doa untuk si dia
Di sudut malam, ada harapan untuk mencari dia

Mungkin ini lah lumrah yg bernama manusia
Merindu dan dirindu adalah perasaan yg istimewa
Bagaimana mengawalnya itulah utama

Ku percaya bahawa aturan Allah itu sebaiknya
Pada Allah aku berserah dan memohon segalanya





Sunday 5 April 2015

BACKPACKER TRAVEL TO SOUTH KOREA (DAY 1)

Hai boys and girls! 

too lame my blog. LOL 

Lama sangat nih tak update blog. 
Busy, malas, enjoying myself do other things (watching Korean drama & reality shows) 


Actually dah masuk bulan April. Selain isu hangat GST,  aku rindu Korea Selatan. Sudah setahun berlalu.  My first time travelling as backpacker. Even singkat dan packed jadual. I did having fun! XD




Even hanya pergi for a few days to Seoul dan Jeju Island, met the netizen of South Korea. Orang mereka baik-baik. Espeacially , warga tua di sana. Mereka amaze with the tourists, they did helped even we can't communicate very well. Sampai - sampai Korea di Incheon, kami ke bandaraya Seoul by train ( after discussing should by bus or train). 



Biasalah, by train they have too many lanes and i just remembered  their coloured. Dengan luggage, nak tukar train dan confusing semua (baru sampai negara orang + jakun) , dengan tak malu tanya penumpang lain how to change the train, where to go, blah blah.. seriously, we can't talk. Nak cakap Korea tak pandai, depa nak cakap English tak reti. Serupa ayam dengan itik weyy. 

Tapi yang aku tabik springgg, aku just tunjuk maps ja, mana nak pergi, plus cuba lah sebut, hasil dah berguru dengan drama dan rancangan realiti Korea, diorang paham dan tunjuk dan hantar kita sampai train yang aku nak pergi tuh. Haaa! gtue impression pertama aku pasal Korean people. XD


Selepas muka tebal, tanya sana tanya sini, tanya kaunter pertanyaan, jumpalah Guest House kami. Seriously salute sebab dapat duduk kat rooftop. Selalu tengok dalam drama jak, sekali dapat duduk bahagian rooftop mahu tak teruja. Member lain pelik dah kenapa aku happy tak sudah. Lulz. =.=



Lagi satu, Korea ni celah mana ko pergi pon, internet tak payah citer. Wifi bersepah. On je lah wifi, confirm connect. Kat pasar pon aku dapat internet. hik3 Facetime, whatsapp dan segala sosial media aku boleh access. HEHEHE  tak perlu risau bila di sana ya. 


After check in kat rooftop, kami bergegas ke Nami Island. One of the tourist spot. 


Tourist Information ni memang banyak kat sana.
Ini lah tempat kita nak tanya, kutip peta (jadikan souvenier), ambil air. lulz

Kami ke sana using train. Jauh weyy.... penat la jugak duk dalam train tuh. Sampai sana, naik taxi before entering Nami Island. Sampai sana beli tiket, naik boat besar, sampai pulau. Jalan punya jalan, lapar... Makan lah mcd yang kami beli dari LCCT before fly. 


Sebab dah penat kot... kami macam tak larat ja nak teruskan sampai jumpa tugu Winter Sonata tuh. Ha yg tu terkilan. HUHUHU tak dapat habiskan penerokaan Nami Island. Sekejap sangat rasanya di sana. If i can go there lagi, i absolutely nak tawaf sampai habis. Woot woot. 




Jumpa gambar nih jek. boleh la kannn. 






Lepas tuh kami blah dan back to Seoul. Straight by train go to Namsan Tower. Sampai dah malam, lapar, sejuk dan blurr. Naik sampai atas, tapi tak sampai langsung dekat bahagian mangga tuh. LOL 




sadis wey.... so kami pon turun, pergi 7 Eleven, beli coffee. HAHA sejuk tahap menggigil. 

Sampai GH, selamba makan maggie, makan baki McD. Lepastu tidurrr. 



Ok. habis for DAY 1. Really adventure because of the jadual yg packed. =.="

Friday 5 September 2014

Resepi Kebab Telur dan Sosej

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Lama cik tyara tak update blog. Hampir setahun lamanya.
Pergi betapa cik tyara ni oiiii....

Kunun nak update pasal cik tyara p travel. tapi habuk pon takda. tak dibuatnya.
Cik tyara sempat lah jugak tahun ini, dgn izinNYA cik tyara dapat jejak kaki ke Pulau Perhentian dan Korea Selatan (negara idaman cik tyara gteewwww!) Nanti cik tyara update ya pasal travel tu. InshaAllah. ^.^V

OK tak kesah la kan yang tu, tp malam ni cik tyara nak update RESEPI. Mood memasak di kemuncak ni. Duduk rumah katanya. Semua benda nak try masak kat dapur tu.

Cik tyara tak tahu ape nama nak bagi resepi ni. Sebabnya cik tyara main pakai bubuh dan masak ja.
Cik tyara bubuh nama KEBAB TELUR DAN SOSEJ. Suka hati cik tyara je kan. Whatever. yg penting sodapppp!

Bahan Inti : 
Sosej 6 batang (cik tyara habiskan stok)
Tomato 1 biji
Carrot 1/4 batang
Brokoli 2 genggam 
Bawang Besar 1/2 biji  *(tomato,carrot,bawang besar potong dadu)
Bawang putih 3 biji (cincang)
Telur 2 biji (dipukul)
Serbuk black pepper (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Minyak zaitun 


Roti pita atau roti gardenia 
Mayonis
Sos cili

Cara - cara :


1. Tumis bawang putih, kemudian bawang besar.
2. Kemudian masukkan carrot dan brokoli


3. Kemudian masukkan sosej dan tomato


4. Masukkan telur yang telah dipukul bersama garam dan serbuk lada hitam. (kalau rajin boleh buat scramble egg dulu.) Cik tyara malas. hewhew. 
   
                                                
5. Kacau rata sehingga masak.



6. Setelah masak ketepikan. Microwavekan or grill or panggang roti pita (arahan packaging). Belah 2 dan sumbat inti tadi ikot citarasa.

(yang ni cik tyara sapu mayonis  bahagian dalam roti pita (ala-ala marjerin) dan sumbat inti dan picitkan sos cili.)

 (cik tyara microwave ja sebab nak cepat. ^.^V)

 7. Guna roti gardenia. Roti pita habis sudah. hihi



Ini lah resepi mudah dan sesuai untuk kanak - kanak. Jika resepi ini memang telah wujud dan ada nama, mohon maaf ya pencipta resepi.
Saja nak kongsi minat memasak.

Jika rajin cubalah untuk anak tuan puan, adik - adik mahupun diri sendiri. InshaAllah pasti sedap. ^.^V

Wednesday 20 November 2013

dua rasa

Rasa pertama
Yakin engkau merindu
Rasa ke dua
Yakin engkau membenciku

Rasa ini
Berbolak - balik
Kadang rasa yang pertama
Kadang yang ke dua

Rasa perempuan ini
Lebih mudah menyangka
Dari bertenang saja

Membuat andaian
Membuat spekulasi
Membuat harapan
Membuat keinginan

Segala yang boleh di buat
Itu yang ditimbulkan

Fahami lah duduk diri seorang perempuan
Tidak mahu lebih
Tidak mahu kurang
Cukup kau fahami erti PEREMPUAN

Friday 1 November 2013

ketabahan dan kematian

Jam 7 pagi
Sambil membuka mata
Sambil menyentuh butang telefon

Banyak nya panggilan masuk tidak berjawab
Banyak mesej tidak berbalas
Tertarik untuk membuka salah satu mesej
Ternampak sesuatu perkataan
"Meninggal"

Luruh air mata membaca
Luruh hati merintih
Terkulat kulat di atas tilam tidak bercadar
Benar atau tidak?
Realiti atau mimpi?

Berita kematian dikhabarkan
Tidak bersedia
Tidak terjangka
Tidak sengaja terlewat mengetahui
Tidak tahu tindakan apa harus dibuat

Ku kuatkan diri
Bersedia menghadiri pengkebumian
Ku melihat sendiri
Seorang anak kehilangan ibu
Tempat bergantung paling agung

Ku sebak melihat kau kuat
Ku sebak melihat kau redha
Ku sebak melihat kau tabah

Melihat engkau bersendiri
Berjalan memerlu kekuatan
Aku sebak...

Aku melihat jenazah ibumu di solatkan
Aku melihat jenazah ibumu di bawa perkuburan
Aku melihat jenazah ibumu di kebumikan
Aku melihat ibu ku tidak melepaskan kamu walau sesaat..

Aku tertanya?
Bersediakah aku menghadapi ujian ini suatu hari nanti?
Bersediakah aku menjadi sekuat kamu?
Bersediakah aku meredhai segalanya?

Bersediakah aku memikul ketabahan?
Bersediakah aku menerima hakikat sebuah kematian?

Atau....

Bersediakah aku untuk kembali kepada-Mu Ya Rabb?