Monday 21 October 2013

Siapa KIta

Minggu ini pasti serabut!
Banyak nya urusan
Banyak nya perkara
Banyak nya menyusahkan orang

Bila lah nak tenang tenang rileks rileks...

*************************************************************

Minggu ini pasti tenang!
Tenang nya boss tiada
Tenang nya tiada pemantau
Tenang nya tiada kerja
Tenang nya...rasa nak mintak kerja lah!

************************************************************
Yang namanya manusia
Tidak pernah puas
Apabila sibuk, mintak tenang
Apabila tenang, mintak di sibukkan
Mengisi masa terluang katanya

***********************************************************
Yang namanya majikan
Tidak kenal erti tenang
Sibuk mencari pendapatan
Mengejar keuntungan
Membayar upah pekerja
Menjaga kebajikan pekerja

**********************************************************

Yang namanya pekerja
Terbeban kerja, dikata majikan tidak peduli tentangnya
Terkurang kerja, melagha di alam siber
Membeli barang atas talian
Menjual barang atas talian
Argh! semua yang boleh di tanya atuk Google

********************************************************

Di mana pon kita
Siapa pon kita
Kita tetap sama
Tetap menjadi pekerja
Melakukan suruhan pencipta
Setiap kerja di beri habuan
Pahala atau dosa
Untuk bekalan di sana......


Thursday 17 October 2013

Jatuh dan Emak

Aduh...! 

Tergelincir tersungkur..
Luka luka
Lebam lebam
Satu badan

Mak menjerit risau
Aku?? 

Nak tergelak
Nak nangis 
Akhirnya nangis.. 

Mak risau tahap maksima
Aku rileks karaoke lagi
Mulut tak sakit katanya

Mak risau telefon mak cik urut
Dipaksa urut
Kemudian hari tua pasti menderita

Mak risau siapkan minuman dan makanan
Molek makan tanpa hirau

Mak risau.. 
Mak risau..
Argh! Hati emak.. 
Terlalu risau melihat anak cedera
Terlalu risau melihat lebam merata

Emak...kasih mu tetap di hati
Emak... Kasih mu tetap akan ku bawa ke syurga
Emak... Terima kasih mak! 
Emak... Sayang mu terlalu agung untuk insan yang bergelar anak

Monday 14 October 2013

Kekasih Baru Kamu

Kekasih baru kamu...

Datang sang kekasih baru di alam maya
Tiada salam tiada pengenalan diri
Mengaku diri empunya si manusia itu

Oh.. aku lupa si manusia itu
Milik ku dahulu
Tapi kini aku kembali ke alam nyata
Itu cinta monyet saja

Nasib saja tidak ku simpan perasaan lagi
Semakin janggal untuk berkomunikasi
Walau mudah ku akui kau bertakhta dahulu di hati

Memori...
Terlalu banyak
Manis madu
Duka bercuka
Pahit empedu
Semua kita cuba merasa...

Ku simpan sudah
Dalam kotak rahsiaku
Tidak akan ku bongkar ia
Aku janji...

Tahniah ku dahulukan
Kekasih baru cantik mempesonakan
Semoga hingga diijabkabulkan
Bahagia hingga ke jannah sana

Tidak ku berkecil hati
Kau temui pengganti sebelum aku
Cuma janggal menguasai ruang sekeliling ku
Dan aku sedar batas semakin perlu dikira
Menjaga hati kekasih baru kamu...


Tahniah kamu! ^.^V

Thursday 10 October 2013

Kelemahan diri: kau atau aku?

Sampai bila kau mahu begini ek?

..dang!

Seorang sahabat bertanya...

Argh! Sudah!
Apa silap aku?
Apa kesalahan aku?
Eh... apa teruk sangat aku melagha??

Eh.. kejap kejap.
Kau yang bertanya aku ni, sudah kaji diri sendiri?
Kaji diri ibarat kaji cuaca.
Pagi panas, petang hujan
Malam berpetir...
Sukar diramal sukar dipastikan

Argh! pasti tidak cukup highway utara selatan
Tidak cukup untuk ku hamburkan
Kepelikan
Kejelikan kau!

*********************************************************************************
Oh manusia!
Kau lupa....
Mereka menegur
Tidak banyak
Satu ayat saja

Kau pula!
Kau hamburkan tutur kata buruknya dia
Mengalahkan kain berela
Emosi nya menguasai
Tidak menerima kelemahan diri

Oh manusia!
Kau kata dia sahabat..
Tapi mana kau letaknya sahabat itu?
Tidak lain, di bibir saja
Diangin lalu saja
Bahawa kau punya sahabat

Oh manusia!
Jika dia sahabat
Terlalu besar dia
Seperti saudara sedarah
Kadang bergaduh kadang berselisih buah fikirannya
Tapi tidak akan memakan daging saudaranya

Lihat kini
Kau tikamnya
Kau sedut darahnya
Kau ratah dagingnya

Oh manusia!
Jika dia sahabat mu yang benar
Bukalah mindamu
Bukalah kitab hatimu
Tambahkan dia dalam kamus kehidupanmu
Dengarkan teguran
Dengarkan bebelan
Kerana sahabat sanggup memperbetulkan dunia akhirat...

InshaAllah.

Tuesday 8 October 2013

Dua puluh dua tahun

berapa umur sekarang nak?
oh.. 22 tahun.

iye.. kenapa mak cik?
bila nak kahwin nya?
calon nya mana?
orang mana?

saya belajar pun tidak khatam lagi..
makan pun abah tanggung lagi..
kerja pun tidak lagi mak cik...

perempuan!
mengapa kenapa perlu nak belajar tinggi tinggi?
nanti tu...duduk nya di dapur juga.
dengan bau bawang, kari di badan.

perempuan!
mengapa kenapa perlu bekerja?
nanti tu... anak yang berpinak pinak sapa mahu bela?
nanti tu.. suami di rumah siapa mahu hadapnya?

perempuan!
cari laki kaya!
kenapa mengapa perlu membanting tulang belulang mu untuk bekerja?
tidak mengapa suami orang..
tidak mengapa sudah tua..
tidak mengapa duda..
lebih elok bujang terlajak.

......dang! dang!....

tidak tertahan hati dan otakku untuk mentafsir agendanya

argh! orang tua ini.....
nasib saja mak cik pangkat nya
kalau tidak!
ku taufan kan pinngan nasinya

tidak ku hirau kau siapa!
batas tutur mu
batas ajaran mu
terlalu berbeza

tidak orang tua ku ajar ku begini
tidak sekali!

semua itu masih rahsia
rahsia Allah
kerjayaku
jodohku
zuriatku...

*kepada Allah ku berserah*

Monday 7 October 2013

Sakit dan Terleka


Aku selsema
Aku demam
Aku sakit kepala

Semua sakit kau mengadu
Mengadu pada si dia, pada si ibu, pada si bapa
Tapi tidak kau mengadu pada sang pencipta!

Sang pencipta menunggu kau sujud dan merintih padanya
Tapi kau tolak dengan merebahkan diri atas tilam duniawi
Kau tido sepuasnya
Kau mengadu domba di alam maya

Argh! Layak lah kau terus terusan sakit..
Mengharap panadol mampu mengubati segalanya

Tidak boleh berwuduk katanya
Terkena air ibarat jarum jarum tajam menikam kulit mu yang mulus
Tapi kau lupa...
Tikaman itulah yang menghapuskan dosa dosa kecilmu

Argh! Aku terleka, aku tenggelam..
Sakit ini juga ujian dariNya
Argh! Aku terlupa, aku tidak sedar...
Sang pencipta merindui ku

Bangkitlah aku dari tilam duniawi
Berbaring merintih di tilam sajadahmu
Mengharap keampunan dan redhamu Tuhan...

Banjiran air mata ku basahkan diseganap tilam sajadahmu
Kerdilnya aku mengharap keampunan Mu

Wahai Tuhan..
Ampunkan aku kerana terleka
Sehingga kau turunkan sakit untuk menggegarkan kotak hati ku
Terima kasih Allah
Kerana kau masih tidak melupakan aku
Tidak membiarkan aku hanyut dalam laut duniawi....

Hati Seorang Sahabat

Hati




Kau ada hati rupanya ?
Kami juga punya hati
Hati ini kau robek dahulu kau ingat?

Kau juga begitu sayamg...
Sudah terlupakah?
Bagi kami tidak..
Tidak sekali hati ini lupa

Lihatlah!
Kesan robekan perbuatan kau!
Jangan mudah melatah sayang..
Kami bagi kamu rasa
Tidak benar, tenang tenang saja

Jangan mudah melatah sayang..
Buruk padahnya

Kata ibu, sayang anak kita tangan - tangan kan
Kata saya, sayang kamu, kita sentuh hatinya
Sentuh hatinya mengikut caranya

Bukan mahu membalas dendam
Tapi mahu melihat kita sama
Kau terasa, aku juga terasa

Aku juga pernah dibuang manusia!
Tenggelam dalam lautan fana
Baru dijentik ombak terus ke kaki
Melatah mewah ibarat raja

Sayang...
Tidak ku panggil sayang kalau ku tak sayang...
Lihatlah! Rasalah! Ini juga kami rasa suatu masa dahulu
Terima kasih kerana akhirnya kau terasa

Pulanglah...
Pulanglah ke pangkuan kami
Kami hukur jiwa yang tulus
Untuk terus kau duduki.