Tuesday 8 October 2013

Dua puluh dua tahun

berapa umur sekarang nak?
oh.. 22 tahun.

iye.. kenapa mak cik?
bila nak kahwin nya?
calon nya mana?
orang mana?

saya belajar pun tidak khatam lagi..
makan pun abah tanggung lagi..
kerja pun tidak lagi mak cik...

perempuan!
mengapa kenapa perlu nak belajar tinggi tinggi?
nanti tu...duduk nya di dapur juga.
dengan bau bawang, kari di badan.

perempuan!
mengapa kenapa perlu bekerja?
nanti tu... anak yang berpinak pinak sapa mahu bela?
nanti tu.. suami di rumah siapa mahu hadapnya?

perempuan!
cari laki kaya!
kenapa mengapa perlu membanting tulang belulang mu untuk bekerja?
tidak mengapa suami orang..
tidak mengapa sudah tua..
tidak mengapa duda..
lebih elok bujang terlajak.

......dang! dang!....

tidak tertahan hati dan otakku untuk mentafsir agendanya

argh! orang tua ini.....
nasib saja mak cik pangkat nya
kalau tidak!
ku taufan kan pinngan nasinya

tidak ku hirau kau siapa!
batas tutur mu
batas ajaran mu
terlalu berbeza

tidak orang tua ku ajar ku begini
tidak sekali!

semua itu masih rahsia
rahsia Allah
kerjayaku
jodohku
zuriatku...

*kepada Allah ku berserah*

No comments:

Post a Comment