Wednesday 20 November 2013

dua rasa

Rasa pertama
Yakin engkau merindu
Rasa ke dua
Yakin engkau membenciku

Rasa ini
Berbolak - balik
Kadang rasa yang pertama
Kadang yang ke dua

Rasa perempuan ini
Lebih mudah menyangka
Dari bertenang saja

Membuat andaian
Membuat spekulasi
Membuat harapan
Membuat keinginan

Segala yang boleh di buat
Itu yang ditimbulkan

Fahami lah duduk diri seorang perempuan
Tidak mahu lebih
Tidak mahu kurang
Cukup kau fahami erti PEREMPUAN

Friday 1 November 2013

ketabahan dan kematian

Jam 7 pagi
Sambil membuka mata
Sambil menyentuh butang telefon

Banyak nya panggilan masuk tidak berjawab
Banyak mesej tidak berbalas
Tertarik untuk membuka salah satu mesej
Ternampak sesuatu perkataan
"Meninggal"

Luruh air mata membaca
Luruh hati merintih
Terkulat kulat di atas tilam tidak bercadar
Benar atau tidak?
Realiti atau mimpi?

Berita kematian dikhabarkan
Tidak bersedia
Tidak terjangka
Tidak sengaja terlewat mengetahui
Tidak tahu tindakan apa harus dibuat

Ku kuatkan diri
Bersedia menghadiri pengkebumian
Ku melihat sendiri
Seorang anak kehilangan ibu
Tempat bergantung paling agung

Ku sebak melihat kau kuat
Ku sebak melihat kau redha
Ku sebak melihat kau tabah

Melihat engkau bersendiri
Berjalan memerlu kekuatan
Aku sebak...

Aku melihat jenazah ibumu di solatkan
Aku melihat jenazah ibumu di bawa perkuburan
Aku melihat jenazah ibumu di kebumikan
Aku melihat ibu ku tidak melepaskan kamu walau sesaat..

Aku tertanya?
Bersediakah aku menghadapi ujian ini suatu hari nanti?
Bersediakah aku menjadi sekuat kamu?
Bersediakah aku meredhai segalanya?

Bersediakah aku memikul ketabahan?
Bersediakah aku menerima hakikat sebuah kematian?

Atau....

Bersediakah aku untuk kembali kepada-Mu Ya Rabb?