Thursday 10 October 2013

Kelemahan diri: kau atau aku?

Sampai bila kau mahu begini ek?

..dang!

Seorang sahabat bertanya...

Argh! Sudah!
Apa silap aku?
Apa kesalahan aku?
Eh... apa teruk sangat aku melagha??

Eh.. kejap kejap.
Kau yang bertanya aku ni, sudah kaji diri sendiri?
Kaji diri ibarat kaji cuaca.
Pagi panas, petang hujan
Malam berpetir...
Sukar diramal sukar dipastikan

Argh! pasti tidak cukup highway utara selatan
Tidak cukup untuk ku hamburkan
Kepelikan
Kejelikan kau!

*********************************************************************************
Oh manusia!
Kau lupa....
Mereka menegur
Tidak banyak
Satu ayat saja

Kau pula!
Kau hamburkan tutur kata buruknya dia
Mengalahkan kain berela
Emosi nya menguasai
Tidak menerima kelemahan diri

Oh manusia!
Kau kata dia sahabat..
Tapi mana kau letaknya sahabat itu?
Tidak lain, di bibir saja
Diangin lalu saja
Bahawa kau punya sahabat

Oh manusia!
Jika dia sahabat
Terlalu besar dia
Seperti saudara sedarah
Kadang bergaduh kadang berselisih buah fikirannya
Tapi tidak akan memakan daging saudaranya

Lihat kini
Kau tikamnya
Kau sedut darahnya
Kau ratah dagingnya

Oh manusia!
Jika dia sahabat mu yang benar
Bukalah mindamu
Bukalah kitab hatimu
Tambahkan dia dalam kamus kehidupanmu
Dengarkan teguran
Dengarkan bebelan
Kerana sahabat sanggup memperbetulkan dunia akhirat...

InshaAllah.

No comments:

Post a Comment